Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke –53
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam perpaduan, dan salam kemerdekaan.
Kepada semua pembaca blog ini, saya (Badi Yee) ingin sekali untuk menggunakan peluang keemasan ini untuk menyampaikan sependapat dua, sepatah kata daripada kami untuk sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia.
Ya, mungkin ada yang akan membantah tanggal 31 Ogos ini dan cuba menyampaikan hasrat tarikh 16hb September sebagai hari keramat.
Itu fakta sejarah, dan fakta itu tidak boleh diputarbelitkan. Namun, kita juga haruslah memberikan manfaat kredibiliti bahawa tanpa usaha kemerdekaan di Persekutuan Tanah Melayu ada sedikit sebanyak membantu kepada usaha kemerdekaan di Sabah / Sarawak.
Apa-apa pun, bukan itu hasrat kami di sini.
Tuan-tuan dan puan-puan, cik-cik dan encik-encik sekalian,
untuk satu ketika masa anda, saya ingin meminta sedikit masa kalian untuk memikirkan dan merenung sejenak, tentang konsep DAULAT dan MERDEKA.
Mungkin anda pernah dengar DAULAT TUANKU, MERDEKA NEGARAKU. Daulat (sovereignity) dan Merdeka (independence) saling berpaut sesama sendiri, tapi adalah dua benda dan istilah yang membawa makna yang cukp berbeza pada akar umbinya.
Renungkanlah, bukan mudah kita dapat mendapatkan kemerdekaan, dan menzahirkan kedaulatan kita melalui cara kita sendiri. Lebih lagi, untuk memelihara dan menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara kita sendiri.
Lihat negara seperti Somalia, Iraq, dan Afghanistan. Mereka ada kemerdekaan, tapi tiada daulatnya.
Lihat Palestin, lihat Tibet, lihat Hong Kong, lihat Taiwan, mereka ada daulat tapi tiada kemerdekaanya.
Mungkin ada yang akan membantah keterangan dan contoh yang saya berikan, tapi hakikatnya, keadaan negara kita boleh berubah bila bila masa menjadi seperti mereka. Ancaman luaran, dan dalaman. Tak perlu lah saya nyatakan, biarpun kita ada yang berhaluan kiri, kanan, songsang, terus (apa-apa pun lah,) sebab kita semua berjuang untuk negara kita. Hargailah perjuangan kemerdekaan, hargailah perjuangan kedaulatan negara kita.
Jangan sampai satu hari nanti kemerdekaan kita atau kedaulatan kita tinggal slogan sahaja. Dan pemerintah kita ibarat boneka proksi. Jangan.
Tak kira kepercayaan atau fahaman kita, sama sama kita binakan jambatan sesama sendiri, eratkan hubungan. Eratkan silaturahim, kenalilah apa yang kalian tak kenal, ketahuilah apa yang selama ini disangka-sangka.
Kerana muafakat membawa berkat, sepakat membawa manfaat.
Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-53.